Monday 30 July 2012

Proses Pembentukan


Manusia Mesir Purba telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam ejak tahun 5000 S.M. Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Pertukaran cuaca dan terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir dan akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. 

Nome merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah contohnya bandar Thinis, Memphis, dan Thebes.





Lokasi


◆  Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai 
      Anugerah daripada Sungai Nil.


◆  Sungai Nil mengalir dari bahagian utara Mesir
      ke Laut Mediterranean.

◆  Kedudukan Tamadun Mesir Purba:

 -  Tamadun Mesir Purba wujud di kawasan lembah  Sungai Nil.
-   Sungai Nil berpunca daripada dua anak Sungai iaitu :
     {Sungai Nil Biru ~ bermula dari tanah tinggi di Ethiopia.}
     {Sungai Nil Putih ~ bermula dari Tasik Victoria di Uganda}


Gambar ini ialah Sungai Nil. 


◆  Air Sungai Nil yang berlimpah ke tanah gersang dan tanah yang berpadang pasir menyebabkan kawasan di tebing sungai  itu menjadi daratan yang subur.
◆  Tanah lanar yang dibawanya membentuk sebuah delta yang sesuai untuk petempatan dan pertanian.

Kerangka Masa

Tamadun Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik, iaitu antara 10 000 S.M. hingga 5000 S.M.. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta serta di bahagian pertengahan Mesir ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Tamadun Mesir Purba ini dapat dibahagikan kepada empat.






Tempoh peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah lama. Selepas melalui masa kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun Mesir Purba telah mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya ( 1100- 947 S.M.), Kush ( 730-670 S.M.), Assyria ( 663-609 S.M.), Parsi (525 S.M.), Yunani (332-30 S.M.), dan akhirnya Rom pada tahun 30 S.M..



Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba

Apabila Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan,beliau telah mengasaskan pusat pemtadbiran di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sg.Nil .Pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis yang berhampiran dengan Sg.Nil.Pada kemuncak Zaman Pertengahan,pusat pentadbiran ini telah bertukar ke bandar Thebes.Terdapat juga beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis,Fayoum dan Abydos.


Firaun Menes


Kehidupan di bandar merupakan ciri yang sangat penting dalam tamadun ini kerana di sinilah tempat kediaman firaun,pusat pemerintahan dan pentadbiran,dan pelabuhan penting bagi tamadun ini.Bandar turut berperanan sebagai pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.Jawatan ini diwarisi secaara turun-temurun.Pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.Namun begitu, pada dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon Re.
Firaun juga merupakan:
  • ketua pendeta
  • pemilik tanah
  • ketua hakim
  • ketua pahlawan
Selapas firaun ialah golongan bangsawan,rahib,jurutulis serta tuan tanah.Ini diikuti oleh petani,pedagang dan artisan.Lapisan yang terbawah ialah hamba.
FIRAUN
- ketua kerajaan Mesir Purba
- perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani,iaitu pharaoh yang bererti rumah  yang agung.
- rumah yang agung bermakna pihak atanpun kuasa yang mengenakan cukai terhadap tanah dan harta. Ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah,iaitu firaun.
Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja.iaitu firaun. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan,mengurus, dan mengagihkan penghasilan maknan.Golongan bangsawan terdiri daripada pengawai,penasihat dan juga gabenor.Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.Urusan pentadbiran ini jaga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam untuk menulis segala rekod kerajaan.
Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita  sebagai pemimpin.Pada zaman empayar seorang wanita iaitu Firaun Hatshepsut telah dilantik sebagai firaun.(1501-1479S.M).Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan sepertipembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.

 
Firaun Hatshepsut.

Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan,Mesir Purba telah berkembang maju.Eksport utama Mesia Purba ialah tekstil dan kertas.
Aktiviti ekonomi yang lain:
Perlombongan emas (Nubia),Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan sepertiThebes,Memphis,Fayoum dan Heliopolis.Sistem pemerintahan yang terancang talah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
Orang Mesir Purba percaya kepada politeisme.Politeisme bermaksud kepercayaan kepada banyak tuhan.Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan:
  • Re(Tuhan Matahari)
  • Ra-Atum(Tuhan Langit)
  • Amun(Tuhan Angin)
  Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati.Mayat perlu simpan dan dijaga dengan teliti.Makam mayat juga perlu dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Solekan mayat,alat kebesaran,dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagaihieroglif(kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi).Sistem tulisan ini penting untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian,pengutipan cukai,tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina,iaitu piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham IMHOTEP ,iaitu saintis ,ahli fizik ,arkitek ,dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.) .Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunaan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi .

Pencapain Mesir Purba memang terselah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialh kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas .Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil .Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.

Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif .

Contoh tulisan hieroglif


Contoh tulisan hieroglif pada kertas papyrus.


Pokok papyrus.


Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Intitusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Tujuan-tujuan penekanan terhadap pendidikan adalah untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid. 

Piramid


Piramid


Sungai Nil


Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga hari ini.

Firaun


Mumia.



Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjado nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembagan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

Kalendar Mesir Purba.



Kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisan serta khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buki merupakan salah satu manifestasi kewujudansebuah tamadun yang agung.