Monday 30 July 2012

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina,iaitu piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham IMHOTEP ,iaitu saintis ,ahli fizik ,arkitek ,dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.) .Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunaan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi .

Pencapain Mesir Purba memang terselah dalam pembinaan tetapi yang lebih utama lagi ialh kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas .Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil .Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.

Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif .

Contoh tulisan hieroglif


Contoh tulisan hieroglif pada kertas papyrus.


Pokok papyrus.


Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Intitusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Tujuan-tujuan penekanan terhadap pendidikan adalah untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid. 

Piramid


Piramid


Sungai Nil


Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga hari ini.

Firaun


Mumia.



Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjado nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembagan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

Kalendar Mesir Purba.



Kegemilangan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati dan diketahui oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat Mesir Purba tidak meninggalkan warisan serta khazanah bangsanya untuk dikaji dan dipelajari. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buki merupakan salah satu manifestasi kewujudansebuah tamadun yang agung.

13 comments: