Monday, 30 July 2012

Kerangka Masa

Tamadun Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik, iaitu antara 10 000 S.M. hingga 5000 S.M.. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta serta di bahagian pertengahan Mesir ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Tamadun Mesir Purba ini dapat dibahagikan kepada empat.






Tempoh peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah lama. Selepas melalui masa kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun Mesir Purba telah mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya ( 1100- 947 S.M.), Kush ( 730-670 S.M.), Assyria ( 663-609 S.M.), Parsi (525 S.M.), Yunani (332-30 S.M.), dan akhirnya Rom pada tahun 30 S.M..



No comments:

Post a Comment